Latar Belakang Demuara

De Muara Enterprise telah memulakan aktiviti penghasilan produk perencah dibawah jenama Demuara semenjak tahun 2004 secara kecil-kecilan, dan akhirnya pada 1hb Januari 2008 aktiviti penghasilan produk perencah ini telah berkembang dan merintis secara rasminya sebagai sebuah syarikat bumiputera.

logo demuara

De Muara Enterprise merupakan sebuah syarikat Bumiputra yang beorientasikan industri makanan. De Muara menyediakan produk halal, bersih dan asli serta sesuai untuk dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Beli Perencah Mee Bandong Demuara secara online di MyBazar!

Perencah Mee Bandong Demuara
Klik gambar untuk membeli Perencah Mee Bandong!

Produk Demuara resepi turun temurun

Berdasarkan resepi turun temurun, De Muara Enterprise mengekalkan kualiti serta menambah lagi aroma serta keaslian produk yang dihasilkan. Tiga produk utama yang dikeluarkan adalah perencah mee bandung, mee rebus dan Soto.

De Muara akan sentiasa berkembang dalam menghasilkan pelbagai lagi produk perencah asli yang sesuai dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat dan sesuai untuk semua peringkat umur. Nantikan jua kemunculan produk-produk lain dari De Muara.

Beli Perencah Mee Bandong Demuara secara online di MyBazar!

Perencah Mee Rebus Demuara
Klik gambar untuk membeli Perencah Mee Rebus!

Rancang menambah produk

Buat masa ini Demuara hanya mengeluarkan produk perencah mee bandung, mee rebus dan soto. Produk ini memang begitu terkenal di daerah Muar dan Ledang dan sering dijadikan buah tangan kepada pengunung serta perantau yang pulang kekampung.

De Muara Enterprise bercita-cita akan menambah lagi produk lain pada masa hadapan dan akan meluaskan pasaran ke setiap pasaraya dan kedai diseluruh negara.

Bacaan lanjut: Harian Metro – Perencah mi bandung dalam pek

Perencah Mee Bandong

Perencah mee bandong boleh dikatakan ‘produk killer’ kami, permintaannya semakin hari semakin bertambah, terutamanya semasa Hari Raya Aidil Fitri.

Begitu juga semasa musin cuti sekolah dan cuti am. Resepinya di perbuat dari bahan-bahan yg asli supaya dapat mengekalkan rasa, resepi mee bandong Muar.

Perencah Mee Rebus

Muar juga terkenal dengan mee rebus, untuk menjadi hidangan bersarapan pagi disekitar daerah Muar. Perencah Mee Rebus

Demuara juga mempunyai permintaan yg tinggi di kalangan pelanggan. Resepinya diperbuat dari bahan-bahan yg asli supaya mengekalkan rasanya.

Menjadi buah tangan kepada pengunjung-pengunjung yg singgah di daerah Muar

Produk Demuara boleh dibeli secara online di aplikasi MyBazar!

MyBazar Az-Zain Shah Alam
Klik gambar untuk membeli secara online!

 

Anda juga boleh dapatkan di kedai-kedai Az-Zain berdekatan anda, klik di sini untuk lihat lokasi berdekatan.

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping