Permium-Organik-Chicken-Delima-Emas

Delima Emas Sdn Bhd

Pengenalan

Delima Emas Sdn. Bhd. (DESB) adalah Penyedia Perkhidmatan Halal Menyeluruh Berkaitan Unggas yang ditubuhkan di Malaysia yang memberi tumpuan kepada penyampaian penyelesaian unggas yang terbaik dan juga mematuhi shariah di seluruh negara.

DESB didedikasikan untuk memastikan setiap rangkaian proses ternakan bermula dari penternakan sehingga peringkat produk akhir sangat terjamin dan sejajar dengan standard shariah.

Delima Emas Sdn Bhd - Ayam Organik Premium 1

Dengan kapasiti penternakan 200,000 burung setiap kitaran, DESB berazam untuk mempelopori pengeluaran ayam herba yang digabung dengan mineral dari rawatan air inovatif untuk bekalan tempatan dan global dengan membentuk perkongsian strategik dengan rakan perniagaan.

Pasukan Pengurusan

Delima Emas Sdn Bhd - Ayam Organik Premium 2
Duduk dari kiri: Dato’ Wahab bin Mohd Yasin (Penasihat) dan Dato’ Muhammed Saleh bin Abdul Malek (Pengarah Eksekutif).
Berdiri dari kiri: Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim (Panel Shariah), Nordin bin Kassim (Pengurus Pemasaran dan Jualan), Shahrizal bin Shahidan (Pengurus Pentadbiran), dan Khalid bin Ahmad (Ketua Pegawai Operasi).

Pasukan Pengurusan DESB komited untuk memacu syarikat ke hadapan – dengan matlamat menyediakan pengeluaran ayam herba yang digabungkan dengan mineral.

Delima Emas Sdn Bhd - Ayam Organik Premium 3

Visi

Menjadi peneraju dalam Penyedia Perkhidmatan Menyeluruh dalam bidang ternakan di Malaysia.

DESB mengutamakan memberi keuntungan dalam kerjasama yang dijalinkan dan pada masa yang sama mengoptimumkan produktiviti dari ladang dengan kos operasi lebih rendah.

Delima Emas Sdn Bhd - Ayam Organik Premium 4
Delima Premium Organic Chicken – 100% natural supplements & mineral feeds

Misi

Dalam jangka masa panjang, DESB berhasrat untuk menjadi penyelesaian muktamad dan penyedia perkhidmatan di arena tempatan dan antarabangsa yang merangkumi keupayaan dalam menguruskan ayam dari reban sehingga proses.

Kaedah Penternakan Moden

Ayam yang dilabelkan diternak tanpa antibiotik adalah produk dalam kelas tersendiri yang semakin kerap didapati di restoran dan juga pasar raya.

Walau bagaimanapun, proses pelaksanaannya terdapat cabaran yang tersendiri kepada penternak.

  • Sistem perternakan tertutup
  • Teknologi Nano rawatan air
  • Tanpa Antibiotik dan bahan makanan organik.

Lanskap Agro Pelancongan

Delima Emas Sdn Bhd - Ayam Organik Premium 5
Reban ayam organik Delima Emas di Kuala Selangor.

DESB komited mewujudkan ladang ternakan yang mesra persekitaran dengan konsep Farm in the gardendisamping memastikan persekitaran kerja yang kondusif dan selesa.

Video di atas merupakan salah satu reban ayam organik Delima Emas di Kuala Selangor.

e-Farming dan e-Tracking

DESB menyuntik elemen ICT untuk memudahkan sistem pemantauan dengan pemasangan CCTV dan pelbagai pengesan untuk mengesan sebarang kerosakan peralatan atau unsur negatif dan berbahaya yang boleh merosakkan ayam ternakan.

Delima Emas Sdn Bhd - Ayam Organik Premium 6

Petugas ladang ternakan dilengkapi dengan komputer tablet untuk melihat maklumat secara langsung sebagai langkah pemantauan yang berkesan dan cekap serta pantas bagi mengesan sebarang perkara luar biasa.

Langkah-langkah Keselamatan Bio (Bio Security)

DESB berusaha keras meminimumkan ancaman ke atas ladang dengan mengaplikasi langkah-langkah yang betul dan mencukupi bagi memastikan keselematan Bio Security terjaga.

Di samping memasang wheel dip dan foot dip di setiap laluan masuk, setiap pelawat dan pekerja akan melalui ruang ozonizer sebelum di benarkan masuk ke ladang.

Delima Emas Sdn Bhd - Ayam Organik Premium 7
contoh wheel dip yang diletakkan di laluan kenderaan masuk ke ladang. sumber http://pixietail78.blogspot.com

Rawatan Air Inovatif

Delima Emas Sdn Bhd - Ayam Organik Premium 8

Penggunaan air adalah tinggi untuk membesarkan anak-anak ayam, DESB melakukan inovasi sistem rawatan air berteknologi NANO untuk memperkayakan anak-anak ayam dengn mineral yang mencukupi untuk tumbesaran dan sistem antibodi yang baik.

Delima Emas Sdn Bhd - Ayam Organik Premium 9

Bagaimana Ayam Organik Delima Emas diproses?

Tonton video di bawah untuk melihat cara pemprosesan ayam organik Delima atau teruskan untuk melihat gambar-gambar.

Disertakan di sini koleksi gambar-gambar di pusat pemprosesan Ayam Organik Delima Emas.

Testimonial Ayam Organik Delima Emas

Ya Allah. sedapnya ayam gebus ni. Lembut jer bila digigit, terasa kemanisan isi ayam yang segar.. mmm macam baru datang dari ladang.

Senang beli ayam ni. tak yah basuh susah-susah. Depa dah cuci siap-siap.

Pastu tak yah risau cucuk itu ini. keluaran orang islam. saya suka terutama kalut-kalut nak masak. tak perlu buang masa dah.

Recommended!

Azreen Ghafar

It’s quite as good as kampung chicken.

Mdm Tan Bee Hong

All my friends say very delicious. ayam kampung ke? tak tau nak jawab.

Cikgu Zaha
Delima-Premium-Organic-Chicken-1

Ayam Organik Delima Emas

PEMILIHAN MAKANAN YG MENEPATI TUNTUAN SYARAK DAPAT MEMBANTU MEMBINA JASMANI DAN ROHANI YG SIHAT.

Cakna atau tidak? Syarikat Delima Emas Sdn. Bhd. yang bertempat di Nilai Impian, Nilai, Negeri Sembilan telah menghasilkan produk Ayam Organik Delima No.1 di Malaysia.

logohalal

Buat Julung kalinya, syarikat yang dimiliki 100% Bumiputera Muslim, ingin berkongsi kejayaan syarikat ini dalam menghasilkan produk yang diiktiraf HALAL oleh JAKIM dan diiktiraf ORGANIK oleh KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI serta memenuhi keperluan JABATAN VETERINAR dan MALAYSIAN ORGANIK (myOrganic).

logo MyOrganic
Sehingga Jun 2019, hanya terdapat 7 persijilan MyOrganic dikeluarkan di Malaysia dan hanya 2 daripadanya adalah milik muslim. lihat senarai penerima MyOrganic

AYAM ORGANIK DELIMA ini telah diternak dengan memberi MAKANAN yang DIJAMIN BEBAS dari SUNTIKAN ANTIBIOTIK, diperkayakan dengan SUPLIMEN MAKANAN TAMBAHAN berasaskan HERBA TERPILIH dari ekstrak herba alami, antaranya, EKSTRAK KUNYIT, EKSTRAK DAUN ZAITUN dan juga EKSTRAK ARABIC GUM.

MINUMAN AYAM ORGANIK DELIMA pula bersumberkan AIR DARI BAWAH TANAH yang ditapis dan dirawat menggunakan NANO TEKNOLOGI dari JEPUN.

Delima Emas Di Media

Delima Emas Syarikat Bumiputera Muslim Pelopori Pengeluaran Ayam Herba Organik Halal Di Malaysia

MEMILIKI pengesahan halal daripada badan diiktiraf merupakan satu jaminan dalam meraih kepercayaan pelanggan.

Membangunkan perniagaan bersumberkan makanan dalam negara didiami majoriti Muslim seperti di Malaysia, pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu diberi perhatian serius oleh pengeluar agar syarikat mampu berkembang dan bersaing dalam pasaran lebih luas.

delima emas
Kawasan ladang ternakan ayam Delima Emas yang terletak di Kuala Selangor diselia rapi dari aspek kebersihan dan keselamatan.

Menyedari keperluan mendesak terhadap pengesahan halal Jakim dalam kalangan pengguna di Malaysia, syarikat penyedia perkhidmatan penyediaan ayam organik halal, Delima Emas Sdn Bhd (Delima Emas) komited memperlihatkan komitmen terhadap aspek tersebut.

delima emas
Produk ayam organik premium Delima Emas menjadi pilihan pengguna pelbagai kaum dan agama.

Ketua Pegawai Eksekutif Delima Emas, Khalid Ahmad memberitahu, Delima Emas sentiasa berdedikasi memastikan rantaian pengeluaran produk bermula dari proses ternakan di ladang sehinggalah ke peringkat akhir pengeluaran produk sentiasa berada dalam jaminan standard patuh syariah dan halal dan toyyiba seperti digariskan pihak Jakim.

“Demi memastikan misi syarikat untuk mempelopori pengeluaran ayam herba organik dalam pasaran Malaysia, maka aspek kesucian, kebersihan dan halal seperti yang ditetapkan oleh Jakim menjadi tonggak utama operasi,” katanya ketika ditemui di Bisnes Sinar di Kuala Selangor baru-baru ini.

Berlaku jujur dengan pelanggan

Khalid memberitahu, proses penyembelihan dan pembungkusan ayam organik Delima Emas dilakukan di tiga buah kilang terletak di Setiawan, Perak; Senawang, Negeri Sembilan; dan Semenyih, Selangor.

delima emas
KHALID

“Kilang tersebut masing-masing memiliki Pengiktirafan Pensijilan Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), halal Jakim, Pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP); dan Perakuan Kesihatan Veterinar (VHM),” katanya.

Katanya, pengguna produk ayam organik Delima Emas terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

“Celik organik dalam kalangan masyarakat Malaysia kian meningkat, malah pengiktirafan halal Jakim turut menjadi salah satu faktor kepercayaan pengguna.

“Pada masa ini pengesahan halal tidak hanya dicari oleh pengguna Muslim, pengguna bukan Muslim juga semakin celik dengan pensijilan halal Jakim kerana aspek kebersihan dan keselamatan sesuatu produk itu lebih diyakini.

“Lebih-Lebih lagi umum mengetahui, pengesahan halal oleh Jakim diterima di seluruh dunia dan Jakim terkenal di peringkat antarabangsa sebagai satu badan yang mengeluarkan pengesahan halal dengan disiplin tinggi,” katanya.

delima emas
Kawasan ladang diturap tar elak lecak dan kotor sementara rumah reban dipasang kanvas serta jaring bagi menghalang kemasukan lalat yang menjadi agen penularan wabak berbahaya.

Tambahnya, sebagai pengeluar perlu jujur kepada pengguna dengan menawarkan produk tanpa perlu diragui oleh masyarakat.

“Untuk mendapatkan pengesahan halal perlukan kos, tetapi melaburlah demi kebaikan masyarakat. Selaku pengeluar sumber makanan, sebenarnya  kita mempunyai  tanggungjawab yang besar terhadap pembentukan sahsiah generasi akan datang, kerana sumber makanan yang baik akan memberi kesan kepada pembentukan  akhlak generasi kita,” katanya.

Hasilkan makanan ayam sendiri

Pengurus Jualan dan Pemasaran Delima Emas, Shahrizal Shahidan memberitahu, demi menjamin ayam organik Delima Emas menepati aspek halal dan kesucian, syarikat turut membangunkan kilang memproses dedak atau makanan ayam sendiri.

delima emas
SHAHRIZAL

“Kami mahu memastikan di peringkat makanan ayam pun dihasilkan daripada bahan-bahan yang dipastikan bahan dan sumbernya. Kerana pada masa ini, pihak Jakim masih belum mewajibkan pengesahan halal kepada pengeluar dedak ayam.

“Justeru, bagi memastikan keyakinan pelanggan terus bersama Delima Emas, kami bangunkan kilang penghasilan dedak yang mana sumbernya diambil daripada bahan-bahan organik dan herba tanpa was-was. Dengan ada kilang sendiri, kami dapat mengawal 100 peratus bahan yang digunakan.

“Sumber protein untuk  ayam pula kami peroleh daripada minyak ikan bukan bersumberkan tulang haiwan. Makanan tambahan ayam juga dihasilkan oleh pihak Delima Emas menerusi beberapa campuran herba antaranya ekstrak pati kunyit, daun zaitun dan gam Arab.

“Ayam organik Delima Emas langsung tidak diberi suntikan antibiotik. Bagi memastikan kesihatan ternakan pada tahap optimum, kami hasilkan sendiri makanan tambahan bagi membina ayam yang mempunyai antibodi yang tinggi sekali gus memastikan aspek halal dan organik dipelihara.

“Malah, minuman untuk ternakan bersumberkan air bawah tanah yang dirawat menggunakan kepakaran kami menerusi teknologi nano daripada Jepun. Air minuman itu bebas klorin sekali gus menepati standard organik,” katanya yang memberitahu Delima Emas merupakan satu-satunya syarikat Bumiputera Muslim yang memiliki pensijilan MyOrganik daripada Jabatan Pertanian dan Industri Asas Tani.

delima emas
Khalid (kanan) dan Shahrizal menerangkan mengenai proses rawatan air minuman untuk ternakan.

Selain itu katanya, setiap rumah reban dipasang  jaring  khas bagi menghalang kemasukan lalat yang berpotensi menyebabkan penularan wabak.

delima emas
Salah seorang petugas makmal Delima Emas sedang melakukan ujian terhadap penyediaan makanan tambahan ayam.

“Setiap laluan di kawasan ladang juga diturap tar bagi mengelak keadaan lecak dan kotor. Sistem pengudaraan di rumah reban turut diberi perhatian bagi mengekang bau busuk dan gas ammonia yang berbahaya,” katanya.

Sumber : Sinar

Beli Ayam Organik Secara Online

Untuk info AzZainMart HomeDelivery, Klik di sini.

Media Sosial

Facebook: https://www.facebook.com/DELIMAEMASSDNBHD/
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCQe9QUoFR9rfXFfSVRJLFaQ
Laman web: http://www.delimaemas.net.my

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping