Budu Cap Ketereh Pengeluar Sos Ikan Bilis Terbesar
Isi Kandungan
Budu Cap Ketereh merupakan salah satu jenama budu yang tidak asing lagi bagi penggemar budu terutama dari mereka yang berasal dari negeri Pantai Timur.
Budu merupakan campuran ikan hancur atau ikan bilis yang ditapai.
Menyedari permintaan untuk budu di sana, pemilik Mat Ismail, 63 (pada tahun 2014), memulakan pengeluaran Budu Cap Ketereh di Kampung Ketil Tumpat Kelantan seawal tahun 1978.
Memperkenalkan Budu Ke Seluruh Negara
Dari Perusahaan Warisan Ketereh yang sangat kecil di bahagian belakang rumahnya dan menggunakan gambar kekacang buah ketereh (jambu) yang berwarna kuning sebagai simbol jenamanya, perniagaan budu ini secara rasmi berkembang menjadi kilang pengeluaran Budu Cap Ketereh yang sebesar 0.8 hektar, merebut gelaran sebagai pengeluar budu terbesar di Malaysia.
Budu Cap Ketereh pada masa kini memproses lebih daripada 4 tan ikan bilis segar menjadi purata 60,000 botol budu sebulan atau 10 juta botol setahun atau RM10 juta dalam nilai jualan tahunan.
Ikon Agro: Jutawan Budu
Puncak pengeluaran Budu adalah dari bulan Jun hingga November setiap tahun berikutan hasil laut yang tinggi.
Resipi kejayaan Budu Ketereh? Campurkan bahan-bahan mudah di bawah dalam komposisi yang sempurna selama enam bulan dalam bekas tertutup:
- Ikan teri segar
- Garam laut
- Chilly
- Tamarind
- Air tawar
Mat Ismail kini mendapat bantuan dari empat anaknya untuk mengurus Budu Ketereh yang sedang berkembang dan mempunyai lebih daripada 80 pekerja (2014) dalam memenuhi permintaan pelanggan.
Kilang Budu Cap Ketereh
Perusahaan Budu Cap Ketereh
LOT 63, KG KETIL
PENGKALAN KUBOR
16080 TUMPAT, KELANTAN
Kelantan.
Telefon: 09-7211077 / 019-9401436 / 019-9264432
sumber:
https://www.malaysiazine.com
Gambar sekitar Kilang Budu Cap Ketereh
Sijil Halal Budu Cap Ketereh
Semakan kami di laman web JAKIM dapati bahawa syarikat ini masih pemegang sijil halal yang sah sehingga 30/11/2020.
Video: Proses penghasilan Budu Cap Ketereh
Hasil Kajian Budu Di Luar Negara
- Kajian pakar pemakan Jepun, Amerika Syarikat, New Zealand dan Jerma mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.
- Pengkaji Universiti Carolina Utara, Amerika Syarikat mengatakan unsur genestin dari phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan oenuaan dan mencegah barah payu dara.
- satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebanyak 150g sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaaan.
- Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi.
- Didakwa budu boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia meransangkan sel otak. Ia juga membantutkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan masalah kembung perut.
Terkini: Pengasas Budu Cap Ketereh Meninggal Dunia
Pengasas Budu Cap Ketereh meninggal dunia
TUMPAT 26/01/2019: Pengasas Budu Cap Ketereh, Ismail Jusoh, 69, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) jam 8.05 malam tadi.
Usahawan yang terkenal sebagai pengeluar budu jenama buah ketereh itu meninggal dunia akibat tekanan darah rendah.
Menurut anak Allahyarham, Mohd Izwan Ismail, arwah ayahnya dimasukkan ke HUSM sejak 8 Disember lalu.
“Keadaannya semakin lemah dan pemeriksaan lanjut doktor mengesahkan ayah menghidap kanser darah tetapi masih di peringkat awal.
“Allahyarham menjalani rawatan kimoterapi awal Januari lepas, tetapi keadaannya semakin lemah mungkin disebabkan sebelum ini dia pernah menjalani pembedahan jantung,” katanya.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Ketil jam 7.30 pagi, hari ini.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Kamariah Husien, 65, dan lapan anak.
Jenama Budu Cap Ketereh dikenali bukan sahaja seluruh negara bahkan luar Malaysia termasuk Arab Saudi dan Eropah.
Ia diusahakan oleh Allahyarham sejak lebih 40 tahun lepas dan masih utuh serta mampu bertahan di pasaran walaupun pelbagai jenama budu lain menjadi pesaingnya.
Legasi Budu Cap Ketereh akan diteruskan oleh Mohd Izwan dan adik beradiknya memandangkan mereka sudah menceburi bidang ini sedari awal lagi.
Sumber: Astro Awani
Anak-anak bakal teruskan legasi Budu Cap Ketereh
TUMPAT 26 Jan. – Ismail Jusoh, pengasas Budu Cap Ketereh yang meninggal dunia malam semalam, pernah berpesan kepada anak-anaknya supaya meneruskan perusahaan tersebut walaupun dia tidak lagi bersama mereka selepas ini.
Anaknya, Mohd. Izwan Ismail, 33, berkata, pesanan terakhir Allahyarham sentiasa terngiang-ngiang di telinga dan menjadi pembakar semangat untuk dia dan tujuh adik-beradik lain bagi memajukan perniagaan keluarga tersebut.
“Dalam keadaan lemah, arwah ayah pesan, jaga molek kilang budu kita ini. Biar berterusan sampai ke cucu-cicit. Kami nekad akan turuti pesanan ayah dan pastikan Budu Cap Ketereh terus berkembang maju,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Ismail, 69, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu pada pukul 8.05 malam semalam. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketil, di sini pada pukul 7.30 pagi ini.
Kata Mohd. Izwan, bapanya dimasukkan ke HUSM sejak 8 Disember lalu disebabkan mengalami tekanan darah rendah.
“Keadaannya semakin lemah selepas itu dan selepas pemeriksaan lanjut doktor mengesahkan ayah menghidap kanser darah tetapi masih di peringkat awal. Awal Januari lalu ayah menjalani kemoterapi namun keadaannya semakin lemah dari sehari ke sehari,” katanya.
Allahyarham meninggalkan isteri, Kamariah Husien, 65, dan lapan anak.
Budu Cap Ketereh yang diasaskan Ismail kira-kira 40 tahun lalu kini menembusi pasaran luar negara.
Sumber: Utusan Online