Bromme Cream Cheese – Cream Cheese Halal – Vegetarian Pertama Di Dunia!
Bromme Cream Cheese merupakan produk yang dihasilkan berikutan peningkatan kesedaran global mengenai manfaat produk halal dan mewujudkan pasaran serta permintaan yang lebih baik untuk ekonomi halal.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah berjaya menghasilkan keju Bromme atau Bromme Cream Cheese.
Keju Bromme adalah keju pertama yang mendapat pensijilan halal daripada JAKIM bagi keju yang dihasilkan dari renet tumbuhan.
Ia dibangunkan untuk menghilangkan “shubhah” dan isu penggunaan organ berasaskan haiwan.
Apakah Keunikan Bromme Cream Cheese?
Isi Kandungan
Keunikan BROMME CREAM CHEESE adalah ramuan utama yang digunakan dalam membuat produk inovatif ini: rennet sayuran!
Secara tradisional, rennet haiwan, yang diekstrak dari lapisan perut ruminansia / perut babi, adalah koagulan yang sempurna dalam pembuatan keju.
Bukan sahaja ia dikumpulkan secara tidak berperikemanusiaan, ia juga membawa unsur Syubhah (ragu-ragu) dalam dunia masakan halal.
Sebagai alternatif, saintis tempatan yang diketuai Prof. Dr. Azura Bt. Amid mencipta rennet sayuran dari bromelain enzim (dari batang nanas) untuk menggantikan rennet dari haiwan, menjadikan BROMME CREAM CHEESE sebagai satu-satunya keju krim Halal-Vegetarian di dunia.
Bromme Cream Cheese Meneroka Pasaran Antarabangsa
Nur Insyirah Yusri, Ketua Pegawai Eksekutif Semarak16 menyatakan bahawa keju krim (Cream Cheese) berasaskan buahnya menggunakan nanas untuk mengekstrak bromelain, yang berfungsi sebagai pengganti kepada rennets berasaskan haiwan yang biasa digunakan dalam pengeluaran (keju).
“Jabatan-jabatan kerajaan seperti Matrade dan SME Corp membantu usahawan tempatan dan muda untuk terus mengembangkan perniagaan mereka di luar negara.” Nur berkata.
“Pedagang dari Korea Selatan, China dan UAE telah menunjukkan minat mereka ke arah keju krim ‘Bromme’ semasa pameran.”
Semarak16 adalah syarikat pengeluaran krim keju. Ia menerima penganugerahan “Produk Makanan dan Minuman Paling Inovatif” semasa Anugerah Mihas 2018.
sumber:Â http://en.businesstimes.cn
Semarak 16 Sdn Bhd Menghasilkan Bromme Cream Cheese
Bermula sebagai hasil kajian UIAM, kini Bromme Cream Cheese mula dihasikan secara komersil oleh syarikat Semarak 16 Sdn Bhd.
Syarikat yang beroperasi di Selayang ini terus menerus mengedarkan produk Cream Cheese yang mendapat permintaan tinggi di kalangan pembuat kek bagi menghasilkan kek yang halalan thoyyiba.
Bromme Cream Cheese mendapat pengiktirafan Halal Jakim
Melalui semakan di laman web halal JAKIM, syarikat Semarak 16 Sdn Bhd merupakan pemegang sijil halal jakim yang masih sah bagi produk Cream Cheese di bawah jenama Bromcheese.
Contoh masakan dan bakeri menggunakan Bromee Cheese
https://www.facebook.com/pg/mybromme
Maklum Balas Pelanggan yang menggunakan Bromme Cheese
- Cream Cheese sedap. Sesuai untuk buat kek.
- Rasa Cream Cheese sama seperti di pasaran
- Cream Cheese cair sedikit dan terlampau lembut.
- Tak sesuai untuk buat cheese tart sebab cream cheese lembut sangat.
- Bau cheese dia kurrang dari cream cheese pasaran.
overall cream cheese ni OK dan sedap, cuma perlu sedikit penambahbaikan atau mungkin kekal sedia ada sebagai identiti creame cheese Bromme yang asal.
Salam, 2 hari lepas baru buat Japanese Cotton Cheesecake guna cream cheese Bromme. Sedap dan gebu guna cream cheese ni
Saya dah guna Cheese Bromme. Memang terbaik.
Salam tuan/puan. Cheese Bromme tu sedap. Rasa setanding Philadelphia/SCS. Cukup rasa masam cheese tu. nextime boleh order lagi tak?
Kenapa perlu pilih Bromme?
- Dihasilkan oleh rakyat tempatan dan mendapat pengiktirafan sijil halal JAKIM.
- Dihasilkan menggunakan teknologi enzim
- Menggunakan susu segar dari Malaysia
- Memberikan rasa yang unik terhadap produk kek.
- Tanpa menggunakan ‘Rennet’ Haiwan
- Golongan vegetarian pun boleh makan
Di mana boleh didapati Bromme Cheese?
Insya Allah dalam waktu terdekat ini kami akan cuba menjadi pengedar bagi produk hebat ini dan akan dijual di semua cawangan AzZainMart. Untuk senarai cawangan boleh klik di sini:Â Hubungi Kami