Belacan bakar DMB

Belacan merupakan sejenis bahan masakan atau penambah rasa dalam kebanyakan masakan. Belacan Bakar DMB,perkataan DMB adalah singkatan dari perkataan Daya Maju Bintang(DMB).Belacan ini diperkenalkan oleh Hj. Md Saad bin Abdul Hamid sejak 50 tahun yang lalu di perkampungan nelayan Pulau Aman. Belacan ini diproses sepenuhnya secara tradisional dari proses pertama udang ditangkap sehinggalah proses pembungkusan dilakukan.
Belacan bakar
Belacan dihasilkan dari udang dan garam. Udang yang baik akan menghasilkan belacan yang sedap dan bermutu tinggi. Udang yang digunakan untuk membuat belacan adalah udang baring yang ditangkap menggunakan sirin, dibersihkan dari bahan asing dan dijemur sehingga kering. Kilang memproses Belacan Belacan DMP adalah di Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Belacan Bakar
Belacan Bakar DMB juga telah diiktiraf Halal Oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim). Rujuk disini untuk ketahui lebih lanjut.
Produk Belacan Bakar DMB boleh didapati di semua rangkaian kami.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Belacan Bakar DMB boleh kunjungi laman Facebook mereka: Belacan dmb Pulau Aman

 

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping