Akmal sate Kebab merupakan produk Akmal Food Global (AFG) iaitu sebuah syarikat milikan tunggal yang dimiliki oleh 100% pegangan bumiputera yang telah didaftarkan pada 22 April 2010.
Akmal Food Global Sdn Bhd menyambut saranan kerajaan untuk menghasilkan lebih banyak produk-produk makanan tempatan yang halal lagi menyihatkan. Sekaligus memenuhi permintaan masyarakat yang mahukan lebih banyak pilihan produk muslim yang sedap dan bermutu tinggi.
Perniagaan ini beroperasi di lot 18 & 20, IKS Kuala Selangor, Jalan Perusahaan 4, Bandar Baru, 45000 Kuala Selangor, Selangor, Malaysia.
Kebab sering menjadi pilihan makanan pelajar muslim di tanah Queen Elizabeth
“Inspirasi produk ini tercetus daripada makanan kegemaran pengarah syarikat yang merupakan graduan University of Leeds sewaktu beliau menuntut pelajaran di United Kingdom. Kebab sering menjadi pilihan makanan pelajar muslim di tanah Queen Elizabeth itu termasuklah anak muda ini”.
Sekembalinya beliau ke Malaysia, anak kelahiran Kuala Selangor ini telah memformulasikan resepi dan mencipta satu produk baru iaitu Sate Kebab yang menggunakan inti ayam sebenar yang sesuai untuk dimakan oleh seluruh peringkat masyarakat.
Produk keluaran syarikat akan menerima bahan mentah dari pembekal yang mempunyai pensijilan halal yang di iktiraf Jakim dan akan melalui proses pengilangan di kilang kami di dalam persekitaran yang sesuai dan selamat untuk produk makanan.
MISI
Menjadikan brand Akmal satu jenama yang dikenali disetiap peringkat umur setanding dengan jenama antarabangsa
Meluaskan pasaran dengan lebih banyak peluang perniagaan kepada masyarakat
Menjadikan Produk keluaran Akmal Food Global salah satu produk makanan yang bertaraf dunia dan ada disetiap pelusuk Negara
​VISIÂ
Menjadi pembekal makanan halal berasaskan ayam dan daging no 1 di dunia
Matlamat Akmal
Akmal Food Global mempunyai matlamat yang jitu dan padu, dimana syarikat mempunyai keyakinan yang tinggi ia mampu menjadi syarikat pembuatan daging sejuk beku yang segar dan ‘HALAL’ yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan berdasarkan kepada perancangan yang telah disediakan.
Matlamat ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan ekuiti bumiputra dalam bidang perniagaan di bawah program Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB).
Oleh itu, perniagaan ini wajarlah dibangunkan berikutan potensinya yang amat besar dan berdaya saing di masa hadapan dengan produknya yang bersih, suci, berkualiti dan ’HALAL’.
Persijilan dan Pengiktiran
Produk Akmal Sate Kebab
15SATE KEBAB AKMAL PERISA ASLI
​(DAGING LEMBU)
​
Serving Size : Per 100 g
Energy : 184 kcal
Carbohydrate : 14.9 g
Protein : 14.1 g
Fat : 7.5 g
​
– Tiada MSG
– 80% isi ayam dan 20% rempah
– Mempunyai 15 cucuk sate kebab
– Simpanan Sejuk Beku –18°C
SATE KEBAB AKMAL PERISA PEDAS ( AYAM )
Serving Size : Per 100 g
Energy : 147 kcal
Carbohydrate : 13 g
Protein : 12.3 g
Fat  : 4.8 g
​
– Tiada MSG
– 80% isi ayam dan 20% rempah
– Mempunyai 20 cucuk sate kebab
– Simpanan Sejuk Beku –18°C
SATE KEBAB AKMAL PERISA PEDAS ( AYAM )
Serving Size : Per 100 g
Energy : 147 kcal
Carbohydrate : 13 g
Protein : 12.3 g
Fat  : 4.8 g
​
– Tiada MSG
– 80% isi ayam dan 20% rempah
– Mempunyai 20 cucuk sate kebab
– Simpanan Sejuk Beku –18°C
SATE KEBAB AKMAL PERISA LADA HITAM ( AYAM )
​Serving Size : Per 100 g
Energy : 149 kcal
Carbohydrate : 13 g
Protein : 12.5 g
Fat : 5.2 g
– Tiada MSG
– 80% isi ayam dan 20% rempah
– Mempunyai 20 cucuk sate kebab
​-  Simpanan Sejuk Beku –18°C
Cara Penyediaan
Macam mana cara utk ‘defrost’ makanan sejuk beku dengan cara yang betul?
Nyahbeku dari freezer ke chiller
Cara nie paling mudah. Kita just pindahkan bahan mentah tue dari freezer ke bahangian chiller sahaja, Cara nie memang lambat sikit la nak mencair, tapi memandangkan makanan tu diletakkan dlm peti sejuk chiller, maka bakteria susah nak membiak pada suhu yg sejuk mcm tu.
Nyahbeku dengan air yang mengalir
Rendam dalam bekas bersih di bawah air paip yang mengalir berterusan sehingga ketulan ayam tersebut berpisah sesama dan menjadi lembut. Tapi jangan guna air panas, yea
Nyahbeku dengan microwave
Cara nie yang paling cepat sekali. Kebanyakkan microwave ada fungsi ‘Defrost’, so gunalah fungsi tu utk mencairkan bahan mentah
“Kalau tak nyahbeku dengan betul, ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya. Nanti bila masak, bahagian yang ada ais itu, bakteria membiak, dan boleh jadi punca keracunan makanan. Jadi, gunalah kaedah dan cara yang betul untuk nyahbeku bahan mentah“.
sumber : Akmal Sate Kebab
AzZainMart Pengedar Produk Muslim
Selain itu, AzZainMart juga dikenali sebagai pengedar utama produk berkonsepkan Halal Mart. Disini, kami memberi pelbagai alternatif kepada pelanggan untuk mendapatkan produk halal dan muslim serta dijamin kualitinya setaraf produk-produk lain yang ada di pasaran terkini.
Anda boleh layari Azzainmart untuk mendapatkan lebih lanjut mengenai produk-produk muslim di pasaran.
-
Akmal Sate Kebab Daging 15pcsRM17.00