ElewsMart oleh Ustaz Ebit Lew

ElewsMart oleh Ustaz Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew Mencari Pembekal Produk Untuk ElewsMart, Ini Respon AzZainMart.

Baru-baru ini kami menerima mesej bergambar ini dari rakan-rakan yang minta menghubungi Ustaz Ebit Lew.

Pohon doakan tengah cari pembekal runcit paling murah supaya harga ElewsMart Paling Murah di pasaran. Boleh pm saya-ebitlew

Ustaz Ebit Lew

Pada 2 Jun beliau mengemaskini di media sosial dengan permintaan untuk mencari pembekal bagi barang runcit pada harga yang termurah bagi mewujudkan kedai runcit dengan jenama Elews Mart.

ElewsMart oleh Ustaz Ebit Lew

Beberapa hari selepas itu beliau mengemaskini di ruangan komen pada hantaran yang sama berkenaan permulaan 10 cawangan ElewsMart yang sedang direnovasi.

Pohon diakan yer.. syukur dah ada 10 cawangan ElewsMart sedang renovate. Semoga menjadi asbab kebaikan-ebitlew

Ustaz Ebit Lew

Kami berpendapat, yang paling wajar mengambil peluang adalah di pihak pengilang agar sasaran harga terendah dapat diperoleh.

Walaubagaimanapun, kami menyambut baik usaha ini dan mendoakan beliau berjaya dalam bidang peruncitan ini.

AzZainMart DC

Buat masa ini kami fokus untuk membangunkan sebuah pusat edaran di bangunan 3 tingkat di Shah Alam dengan simpanan stok produk berjumlah RM1 juta.

Pusat edaran atau AzZainMart DC (Distribution Centre) ini juga dilengkapi dengan bilik sejuk beku (Cold Room) yang mampu menyimpan dan membekalkan produk sehingga 20 cawangan #AzZainMart dan juga halal mart lain yang memerlukan.

Kami akan menyediakan pilihan lebih 1000 produk dengan khidmat penghantaran terus ke pemilik-pemilik kedai sekitar Lembah Klang.

Alhamdulillah setakat ini kerja-kerja penambah baikkan dan renovasi ini sudah mencapai 30% dan dijangka siap sepenuhnya pada hujung bulan ini.

Harapan kami agar kita semua dapat memperkukuhkan rangkaian bekalan produk halalan thoyyiba.

Pengguna – Peruncit – Pemborong – Pengeluar semua mempunyai peranan masing-masing dan ayuh kita kembali bangkit untuk menerajui ekonomi!

Anda merupakan pembekal dan ingin membantu Ustaz Ebit Lew?

Jika anda dapat membantu Ustaz Ebit Lew yang dikenali ramai dalam usahanya membantu pelbagai golongan tanpa mengira bangsa dan agama ini boleh terus hubungi beliau di media sosial Facebook Ebit Lew.

ElewsMart kini 10 cawangan sedang renovasi

Pada 4 Jun, Ustaz Ebit Lew memberi makluman bahawa sudah ada 10 cawangan ElewsMart yang sedang direnovasi.

ElewsMart ini akan menjual barang pada harga paling murah dan mempunyai rak khas yang menjual secara percuma barang-barang kepada yang memerlukan.

Berkat doa semua dah ada 10 cawangan ElewsMart sedang renovate. Paling murah dan ada khas rak free bag yang memerlukan – ebitlew

Ustaz Ebit Lew

Kami di AzZainMart mengucapkan tahniah kepada Ustaz EbitLew, pasukan beliau dan kita semua yang mendoakan kejayaan beliau,

10 Cawangan ELEWSMART di Lembah Klang sedang direnovasi

Pada 23 Jun yang lalu Ustaz Ebit Lew telah memberi hantaran melalui facebook beliau sedang perkembangan semasa ELEWSMART.

ElewsMart oleh Ustaz Ebit Lew 1

Pohon doakan yer sahabatku semua. Doa semua sangat penting dalam usaha ini. Syukur 10 elewsMart dan DC kami sedang renovate.

Saya pergi mana semua tanya kenapa tiba-tiba nak buka 10 cawangan Elewsmart? Hari-hari saya kerja buat Training. 3 restoran Paramount Coffee House. Butik Elews. Kenapa tiba-tiba mart.

Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman mereka setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sebuah keluarga. Saya nak buat food bank. Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan.

ElewsMart oleh Ustaz Ebit Lew 2
Doakan ya. Terima kasih mendoakan Elewsmart. Dah semakin hampir hari pembukaan Elewsmart 10 cawangan. Tak sabar setiap cawangan ada Food Bank untuk orang yang memerlukan dan ingin beri. Dan akan letak harga murah. Ya Allah berkatilah usaha ini. Berkati dan rahmatilah semuanya. Jadi asbab kebaikan buat semua.

Elewsmart
Saudaraku Murah😊

Masa PKP. 3 lori besar beli makanan agihkan 3hari je dah habis. Disitu saya fikir nak bantu lebih ramai orang. Saya juga ada ambil tanggungjawab untuk bayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya bahagia buat kerja ini.

Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Nak redha Allah. Nak lihat senyuman lebih ramai orang.

Dulu saya miskin susah. Alas tidur orang pernah bagi. Yuran pun begitu. Doakan ye semua.

Pohon doakan ya ada 10 cawangan. Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sg Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana. Terima kasih semua.

Ustaz Ebit Lew

Kami akan kemaskini dari masa ke semasa berkenaan ini.

Perasmian cawangan ElewSmart

Cawangan pertama di Bandar Baru Bangi

“Ya Allah sebak sayu rasa di pembukaan @elewsmart Bandar Baru Bangi. Terima kasih semua yang mendoakan. Ramainya orang yang hadir memberi sokongan dan mendoakan. Jauh-jauh datang. Semua beri isyarat wajah atau tangan. Maksudnya kita semua sebuah keluarga-ebitlew”

ElewSmart di Kajang

ElewSmart di Sungai Buloh

“Berdebar syukur pagi ini opening @elewsmart Sungai Buloh. Ramai pakcik makcik dari 6pagi dah beratur. Anak muda pun ramai beratur. Saya pusing bergambar dengan semua. Ada yang menangis sebab dah lama nak jumpa katanya. 8 rela. 10 sukarelawan membantu. Begitu juga PDRM hadir membantu. Ramai beratur. Semoga menjadi asbab kebaikan-ebitlew

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping