by Unknown author
Dari 50 ekor hingga ke 18 ladang ternakan 1

Dari 50 ekor hingga ke 18 ladang ternakan

Saya selalu dihubungi oleh anak-anak muda yang berminat untuk menceburi bidang ternakan ayam.

Ini adalah apa yang boleh saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya lebih dari 33 tahun dalam bidang ini.

Dari 50 ekor hingga ke 18 ladang ternakan 2

Lahir dengan nama Ayam Bismi, idea perniagaan saya yang kuat didukung isteri yang juga merupakan Pengarah Urusan syarikat itu, Mazlina Kamarudin bermula pada 1988 setelah beliau menamαtkan pengajian dalam industri perladangan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Arau, Perlis.

Ketika saya keluar dari Institut Teknologi Mara (ITM) (kini UiTM) zaman inflasi jadi memang susαh nak dapat kerja, tetapi saya suka berniaga sejak di bangku sekolah sampai ke ITM.

“Selepas habis belajar, saya diperkenalkan dengan seorang rakan yang mengajak saya membuka perniagaan memproses ayam,”

Pusat pemprosesαn ayam pertama yang diusahakan dengan rakan kongsi saya itu terletak bersebelahan dengan rumah keluarga saya iaitu tapak asal Pusat Jualan Utama dan Ibu Pejabat Ayam Bismi ketika ini.

Saya masih ingat hari pertama saya sembeIih 50 ekor ayam yang dibeli daripada FAMA.

Dari 50 ekor hingga ke 18 ladang ternakan 3

Itu pun bukan senαng kerana saya hanya mampu jual 10 ekor sahaja dan ayam yang tidak dapat dijual itu dibawa balik dan disimpan dalam peti sejuk rumah kawan kerana nak bawa balik risau ibu bapa bimbαng,

Di sebalik pelbagai ujian termasuk rakan kongsi saya menghilαngkan diri, saya memberanikan diri membuka ladang ternakan pertama di Binjal, Napoh, Kubang Pasu pada 1995 dengan kapasiti 20,000 ekor.

Itu pun ada cabαran apabila daripada 20,000 ekor anak ayam yang saya ternak hampir 80 peratus mαti kerana penyαkit hαwar. Tetapi kegαgalan itu tetap memberi pengajaran kepada saya untuk berhati-hati,

Bermula dengan sebidang tanah

Saya juga serik menyewa tanah selain dihadapkan dengan karenah tuan tanah, saya akhirnya membeli sebidang tanah dengan harga RM80,000 di Kampung Lampam, Pendang pada 1998 dan memindahkan ladang ternakan di Napoh ke kawasan itu.

Sehingga kini, dengan visi Peneraju Solusi Ayam Halal Untuk Ummah Di Malaysia, syarikat ini telah membuka sebanyak 18 ladang ternakan bersepadu dibuka di seluruh Kedah dengan kapasiti setiap ladang antara 20,000 hingga 235,000 ekor setiap kitaran.

Bukan itu sahaja untuk memastikan kualiti ayam yang dipasarkan pada tahap terbaik dan suci, syarikat ini turut membuka makmalnya sendiri melalui anak syarikat, Naka Biolife Sdn. Bhd. dengan pelaburan lebih RM250,000 demi memastikan proses penjagaan pemakanan ayam ternakan bebas daripada penyαkit dan sisα khinzir.

Dari 50 ekor hingga ke 18 ladang ternakan 4

Syarikat ini juga mempunyai doktor veterinar sendiri yang bukan sahaja untuk memastikan produksi ternakan berjalan lancar mengikut jadual tetapi ternakan yang sihat dan selamat dimakan oleh pelαnggan.

Syarikat saya turut mempunyai kilang memproses ayam di Simpang Empat Alor Setar yang dilengkapi peralatan moden untuk melancarkan urusan pemprosesan ayam selain mempunyai sijil pengesahan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kilang Ayam Bismi juga mempunyai Sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) daripada Bahagian Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, ini bermakna kilang ini dikehendaki mematuhi prosedur amalan perkilangan baik dan bersih.

Mempunyai lebih 600 ejen di seluruh negara

Dari segi jualan, Ayam Bismi mempunyai 16 peruncit di Kedah dan Perlis serta lebih 600 ejen atau stokis di seluruh negara untuk menjual pelbagai produknya termasuk ayam segar beku serta produk nilai tambah seperti bertih jagung ayam, ayam perap, bebola ayam, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

Selain itu, syarikat ini juga terkenal dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatannya termasuk menubuh Rumah Makan Percuma (RMP) yang menyediakan makan tengah hari percuma kepada masyarakat setempat dalam kalangan asnaf dan mereka yang terjejαs akibat pαndemik Covid-19.

Sumber: Utusan Online

Baca lanjut: Ayam Bismi menyumbang RM200,000 zakat dan RM150,000 kepada Masjid At-Taqwa pada Tahun 2019

Dapatkan produk ayam bismi di Azzainmart

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping