Ayam organik bersih, halal 1

Ayam organik bersih, halal

Oleh Mohd Sabran Md Sani
“ISU makanan untuk orang Islam menjadi satu cabaran cukup besar sebab ramai menganggap isu halal atau haram itu penting.

“Ia membabitkan tuntutan agama,” kata Pengarah Urusan Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd (Al-Mumtaz), Dr Mohamad Zainol Ahmad Haja.
Mendekati graduan lulusan Universiti Washington itu, ternyata misi perniagaannya berhubung kait konsep halalan toyiban.

Berada dalam bidang makanan dan farmaseutikal hampir 30 tahun membuatkan Dr Mohamad Zainol sentiasa peka keperluan umat Islam.

MOHAMAD ZAINOL AHMAD HAJA / AZ-ZAIN

“Walaupun bidang saya farmaseutikal, saya memilih membuat makanan kerana peka dengan konsep halal dan haram,” katanya.

Beliau kini memiliki kilang pemprosesan ayam di Kawasan Perindustrian Vilaraya, Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor.

“Bermula dengan penternakan di sekitar kilang, ia kemudian dikembangkan ke kawasan penternakan di ladang ayam di Simpang Renggam, Johor,” katanya.

Katanya, isu makanan berkait rapat dengan kesihatan kerana ia mempe­ngaruhi akhlak dan pera­ngai seseorang.

“Makanan berkait rapat dengan kesihatan. Jadi kita rujuk balik kepada al-Quran, semua berpunca daripada makanan,” katanya.

Menggunakan jenama Az-Zain, syarikat itu kini memiliki lebih 400 pengedar ayam untuk pasaran pengguna Islam.

“Matlamat dan perjua­ngan saya ialah makanan halal dan toyiban. Itu bermakna ia bukan saja halal, tetapi mengambil kira keselamatan, kesihatan, kenikmatan dan kebaikan kepada pengguna.

“Sebab itu dalam proses penyembelihan ayam, kita nak pastikan daging yang sampai kepada pengguna bersih,” katanya.

Katanya, sebaik usus ayam dibuang, ia dimasukkan ke dalam air panas. Air perlu sentiasa bersih untuk mengelak kilang berbau dan menjadi tempat pembiakan lalat dan tikus.

“Selepas membuang bulu, ayam dimasukkan ke air sejuk dan dipotong kepada lapan atau 12 bahagian untuk pasaran,” katanya.

Katanya, kajian yang dilakukan mendapati produk ayam organik dan ayam tanpa bahan kimia bebas daripada bahan meragukan.

“Kita kerap meng­hantar sampel ayam untuk ujian makmal dan ayam kita dibuktikan bebas segala jenis hormon antibiotik atau kimia,” kata­nya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/11

Leave a Reply

Shopping cart

1

Subtotal: RM31.80

Total Weight: 1 kg

View cartCheckout