Masjid-Albukhary-Bandar-Sri-Pinang-2

Agong seru kepimpinan umat Islam di Pulau Pinang bersatu

GEORGE TOWN, 20 Dis — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru barisan kepimpinan umat Islam di Pulau Pinang agar sentiasa bersatu padu demi keutuhan agama Islam pada masa akan datang.

Seri Paduka bertitah dengan perpaduan, segala perancangan untuk perkembangan syiar Islam akan dapat dilakukan secara berkesan dan konstraktif.

Agong seru umat islam bersatu

“Anggaplah ini satu panggilan untuk umat Islam menentu barisan saf kepimpinan umat Islam di Pulau Pinang ini sentiasa bersatu.

“Ini tidak bermakna kita hendak berperang dengan sesiapa, tetapi apabila kita bersatu kita boleh memikirkan dengan lebih waras, kita boleh membuat perancangan dengan lebih berkesan dan konstraktif dan saya percaya masa depan agama kita akan bertambah lebih utuh daripada hari ini,” titah Seri Paduka pada majlis perasmian Masjid Albukhary di Bandar Sri Pinang, di sini hari ini.

Agong seru kepimpinan umat Islam di Pulau Pinang bersatu

Al-Sultan Abdullah sebelum itu turut mengulangi seruan yang dibuat ketika menyampaikan titah merasmikan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, semalam, agar umat Islam di seluruh pelusuk dunia termasuk negara ini untuk bersatu padu dan mengelakkan perpecahan.

“Kita tidak ada pilihan lain (selain) mesti bersatu, apabila kita berpecah kita akan bercelaru, kekuatan umat Islam akan berkurangan,” titah Seri Paduka.

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan merakamkan penghargaan kepada tokoh perniagaan dan hartawan terkenal Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary di atas sumbangannya terhadap pembinaan masjid itu yang bukan sahaja dapat digunakan untuk beribadah tetapi juga menyatukan umat Islam di negeri ini.

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary menyumbang perkembangan syiar Islam

Seri Paduka turut menyifatkan nama ‘Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary’ sebagai satu institusi kerana sikap Syed Mokhtar yang dermawan dan banyak menyumbang kepada pembinaan kemudahan untuk perkembangan syiar Islam.

“Nama seorang insan yang begitu mulia dan suci hatinya iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary sudah terkenal dan masyur di kalangan umat Islam di Malaysia khususnya dengan terbinanya kompleks Islam di sebelah Masjid Negara (di Kuala Lumpur) yang tentunya telah memberi banyak hidayah kepada kita umat Islam.

“… dan saya anggap nama ‘Tan Sri Syed Mokhtar’ itu seolah sebagai satu institusi yang menegakkan syiar Islam di mana sahaja beliau berada, untuk itu marilah kita bersama-sama berdoa supaya insan yang bernama Tan Sri Syed Mokhtar ini dan seluruh keluarganya sentiasa diberkati Allah SWT, InsyaAllah,” titah Seri Paduka.

Agong seru kepimpinan umat Islam di Pulau Pinang bersatu 1
sumber MAINPP

Terdahulu, Seri Paduka berangkat tiba di masjid berkenaan kira-kira 12.30 tengah hari diiringi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman.

Masjid Albukhary Bandar Sri Pinang dibangunkan dengan kos RM2juta mampu memuatkan 2,000 orang

Selepas majlis perasmian itu, Al-Sultan Abdullah kemudian menunaikan Solat Jumaat bersama ribuan jemaah di masjid yang mampu memuatkan 2,000 orang itu sebelum menyampaikan derma kurnia kepada jawatankuasa kariah masjid dan sumbangan kepada kanak-kanak.

Masjid Albukhary dibangunkan di atas tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan kos sebanyak RM12 juta yang dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Albukhary.

— Sumber BERNAMA

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping