Telur-dijeruk-air-garam

Adakah Telur Masin Perlu memohon sijil Halal JAKIM

Telur masin termasuk makanan yang melibatkan proses dan layak untuk memohon pensijilan halal Malaysia.

Adakah Telur Masin Perlu memohon sijil Halal JAKIM 1

Lazimnya, bahan ramuan asas untuk pembuatan telur masin adalah :

  1. Telur itik dari pelbagai gred kualiti seperti gred AA,A dan B.
  2. Sekam padi/abu padi (paddy ash)
  3. Tanah liat (e.g red soil)
  4. Garam laut

Bahan-bahan yang digunakan ini juga akan dipastikan sumber dan kualitinya serta jaminan kebersihan, keselamatan dan implementasi sistem jaminan halal sepanjang rantaian pemprosesannya.

Telur itik yang digunakan itu sendiri dijaga kualiti gred dan kebersihannya dari awal sehingga telur masin terhasil termasuklah kawalan dari ladang mana telur tersebut diperolehi.

Ini kerana etika yang baik dalam penyediaan makanan itu menjadi kriteria penting dalam pensijilan halal Malaysia.

Pelbagai pendapat dan dakwaan berkenaan hukum memakan telur masin yang didakwa bercampur dengan najis dan bahan-bahan yang diharamkan oleh syarak.

Tidak kurang ada juga pihak yang menyatakan kerisauan berkenaan kualiti dan kebersihan telur masin yang dihasilkan.

Adakah Telur Masin Perlu memohon sijil Halal JAKIM 2

Saya dah lama berhenti makan telur asin. Sebab saya dah was-was. Bila was-was, hati saya tak setuju saya terus berhenti makan kecuali yang kakak saya buat sendiri pakai garam dan telur itik bela sendiri.

Adakah Telur Masin Perlu memohon sijil Halal JAKIM 3

Telur masin banyak keluaran Cina. Tak letak babi pun. Cuma tempat penyediaan kilang tu kotor la. Tanah dia longgok atas jalan. Ada banyak anjing dalam kilang.

Sumber: https://www.facebook.com/HabHalalJakim

Hukum Memakan Telur Haiwan Yang Tidak Dibasuh

Penjelasan dan perincian berkenaan isu memakan telur haiwan yang tidak dibasuh sebelum pemprosesan dilakukan ada diterangkan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Adakah Telur Masin Perlu memohon sijil Halal JAKIM 4

SOALAN:

Assalamualaikum wbt,

Apakah hukum seseorang yang membuat roti canai telur menggunakan telur ayam yang tidak dibasuh? Adakah ia bernajis atau sebaliknya?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Jika telur tersebut tidak kelihatan padanya najis seperti tahi ayam dan sebagainya maka ia dihukum suci.

Berkata Imam Abu Bakar al-Dimyati, dalam syarahnya terhadap kitab Fath al-Mu`in yang bermaksud:

“Perkataan musannif ‘bahawa tidak wajib untuk membasuh zakar selepas berjimak, telur dan anak yang dilahirkan,’ bererti (barang) yang terkena lembapan faraj, sama ada lembapan itu suci atau tidak, dan kalau ia najis sekalipun ia dimaafkan, maka ia tidak menajiskan perkara-perkara yang telah disebutkan.”

Rujuk I’anah al-Talibin (1/104)

Namun jika ternampak najis pada telur itu, maka wajiblah membasuhnya.

Jika tidak nampak atau disangka sahaja ada najis, maka kembali kepada hukum bahawa ia tidak bernajis.

Jawapan bagi soalan di atas, maka hukumnya suci selagi tidak ada kesan yang menunjukkan kenajisannya seperti tahi ayam.

Jika terdapat najis sekalipun, namun yang dimaka ialah isinya, bukan kulitnya.

Justeru, jika tiada nampak najis yang masuk ke dalam roti canai berkenaan maka hukumnya adalah suci pada asalnya.

Sekalipun begitu, membasuh telur bagi memastikan kebersihan dan kesucian adalah etika yang baik dalam penyediaan makanan.

Wallahua’lam.

Sumber: https://www.muftiwp.gov.my/

Pilihan Telur Masin Lain?

Adakah Telur Masin Perlu memohon sijil Halal JAKIM 5

Telur masin dijeruk air garam melalui proses yang berbeza dari telur masin biasa yang diselaputi campuran sekam padi, tanah liat dan garam yang kebiasaannya bewarna hitam.

Ini kerana telur itik yang telah dibersihkan akan dijeruk dengan larutan air garam untuk satu tempoh masa dan sedia untuk dimakan.

Telur Masin Jeruk Air Garam

Berikut secara ringkas cara penghasilan telur masin yang dijeruk.

Telur-telur itik ini diperoleh dari usahawan muslim tempatan di Jengka, Pahang.

Kemudian, telur-telur yang dikutip ini akan dipastikan bersih dari najis dan kotoran sebelum dijeruk ke dalam air garam.

Selepas dijeruk, Telur masin akan disusun ke dalam bekas telur dan disimpan di dalam chiller bagi mengekalkan kualiti telur.

Telur masin ini boleh terus digunakan atau boleh bilas dengan air terlebih dahulu.

Kelebihan Telur Masin Jeruk

  1. Kaedah ringkas dan bahan yang digunakan bebas dari sumber yang was-was.
  2. Tahap kebersihan telur dapat dilihat dengan lebih jelas.
  3. Telur yang dijeruk mempunyai rasa yang kurang masin sesuai untuk semua golongan.
  4. Kualiti telur terjamin dengan simpanan dalam peti sejuk.
  5. Mudah digunakan tanpa perlu proses tambahan.

Macam mana? adakah anda masih rasa was-was dengan telur masin? Dapatkan telur masin yang dijeruk di AZZAINMART berdekatan anda!

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping