Adakah air cincau yang anda beli masih selamat diminum?. 1

Adakah air cincau yang anda beli masih selamat diminum?.

Assalamualaikum.

Di rangkaian kedai kami Air Cincau bukan sahaja dijual semasa bulan Ramadan. Sepanjang tahun kami menjual cincau untuk kegunaan pelanggan kami, ada cincau dalam tiub dan ada yang sedia untuk diminum.

cincau salina
Cincau Salina dalam tiub

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai  cara untuk kenal pasti air cincau yang dijual  didalam  botol masih dalam keadaan baik dan selamat diminum. Sebelum saya teruskan untuk berkongsi, kaedah ini boleh diguna sebelum menikmati makanan terutama di majlis tertentu, premis makanan dan kantin sekolah.

Antara cara untuk kenal pasti adakah air cincau yang kita beli selamat untuk dinikmati:

LIHAT.

  1. Berbuih halus.
  2.  Isi cincau yang ada di dalam botol timbul keatas.
  3. Air Cincau  bertukar warna menjadi warna cerah hitam kemerahan.

HIDU.

4. Berbau.

RASA

5. Masam

Kami nasihatkan mengamal tiga langkah keselamatan, ‘lihat, hidu, rasa’ sebelum menikmati makanan atau minuman. Jika anda telah kenal pasti salah satu perkara di atas ini terjadi walaupun tarikh luput masih jauh, harap Tuan/Puan elakkan untuk membeli.

Di rangkaian kedai kami chiller dipastikan mencapai 4°celsius kebawah untuk penyimpanan air cincau.website

 

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping